Hari ni aku rasa agak tenang sikit untuk berkata kata tentang hal sekeliling yang berlaku. siapa sangka benda yang paling kita sayang mudah bertukar .
Dalam minggu ni
Dua kisah jiwa dalam satu malam. kau ada??
kes 1
Mungkin aku sangat defensif untuk menengakkan hak aku sebagai seorang gadis. tapi tak semestinya aku punya hati yang kental untuk di kait semula setiap inci rabak punah yang telah kau ranap kan. 7 tahun aku memberi setia, 7 tahun aku menutup mata, menutup hati untuk lelaki lelaki luar, demi 7 tahun cinta aku untuk kau lelaki bangsat. tapi sangat mudah kau rebahkan segala 7 tahun itu. sangat mudah bukan?
Berdampingan pula dengan gadis yang aku julang tinggi jiwanya. yang aku hormat tabek prinsipnya. ternyata semua slot slot kasih sayang, kesetian, kejujuran kau selama ini hanya dalam satu cerekarama. dan kalau lah punya kuasa, nak aku kalungkan award Raja Drama kemas2 ke leher kau. biar kau ingat segala penghargaan aku.
hampir 2 tahun kau biar aku menjadi angin, yang tiupnya ke barat, ke baratlah. tiupnya ke timur, ditimurlah.
tapi malam itu kau datang bagai ribut sekali lagi terus meranapkan hati aku, yang sudah aku kait rapi 2 tahun lalu.
"i dah break up dengan dia. i rindu u.i rindu u sangat2. sepanjang i dengan dia tak sama macam u. i menyesal. "
cisss!!! jijik aku dengan kata kata dusta kau yang masih lagi in relationship sama dia di fb. jadi aku ini apa? dah kau pijak ranap hati ini, mudah mudah kau datang semula. tui!!
Disuatu ruang aku mengimbau semula kecurangan dulu. kecurangan yang kau bagi ke aku untuk hadiah ulang tahun kita yang ke 7.
*pelan pelan air mata bodoh ini jatuh.
--diam
kes 2
kau juga pernah menjadi sesuatu buat aku ketika dulu. pernah disayang aku, pernah menyayang aku.
Dulu.
setelah itu sedikit demi sedikit hati aku terbuka semula buat kau dan aku menunggu tapi tidak memberitahu. mungkin kerana aku juga yang meminta untuk dilepaskan dulu. aku gadis, ada malunya.
malam itu kau katakan diruang sosial didepan teman teman kita bahawa kau mencintai aku, menyanyai aku dan mahu aku kembali. dikatanya sangat merindui aku dan mahu aku mengisi kekosongan dalam hati. aku tersenyum gembira sebenarnya, tapi aku sorok dalam dalam senyum itu. aku gadis, ada malunya.
tapi keesokkan harinya semuanya berubah aku mendengar cerita itu ini antara kau dan dia. dari teman teman kita juga. aku pekakkan telinga. tulikan mata.
dan sebenarnya sehingga kini aku tak tahu apa jadinya. aku ni pengacau antara kau dan dia ke? aku ni siapa yang kau bilang sayang, yang kau bilang mahu diisi setiap rongga hati dengan diri aku saja?
Dan pada malam berikutnya diakhir sms kita kau katakan
"saya tak akan ada apa apa hubungan dengan awak mahupun dia."
apa maksudnya kau bilang i love u di depan mereka mereka sudahnya kau pergi begitu saja? aku tunggu kalau kalau kau datang protect aku, tapi ternyata...
Maaf jika sekarang aku hanya sekadar rasaksa yang mengacau hari hari kau. Baru aku tahu sekarang status fb kamu sudah in relationship.
--diam lagi
kedua dua cerita ini berlaku di waktu yang sama yang buat urat otak aku kembang kempis memikir. maaf untuk status2 emosi di fb dalam minggu ini. mungkin ditambah dengan masalah hormon wanita, emosi aku yang kental juga kenyal. senang di ubah ubah.
apa apa pun aku tak salahkan siapa siapa. aku juga ada silapnya. untuk kedua dua nya, kamu cuma yang pernah buat aku. terima kasih kerana pernah menyayangi aku. semoga kamu botak dan kamu gaint bahagia dengan jodoh masing2. amin.
lagu ini mmg tepat untuk kamu kamu. ambik lah...aku dah tak ada apa nak diberi.
0 pengganas komen:
Post a Comment
Tembaklah aku bagi kau puas!