Soal Kawen

Dec 22, 2010

hai myra, lama tak jumpa. awak dah kawen? hah belom?!!!

Macam nak pitam aku rasa. kenapa soalan-soalan klise ni selalu aku dengar. hey comon, aku baru 24 kot!
study pun tak habis lagi. lain lah korang yang dah abis spm terus kerja. dapatlah nak tanggung anak orang.

Tak payah nak buat-buat terkejut ke hape , kau nak kawen pegilah.Tapi  lepas tu datang mengadu dekat aku ckp husben buat hal lah. tak cukup duitlah. tak best kawen awallah. eeee apa ni???

Bukan aku tak merancang untuk kawen, atau masa depan, tapi 
1; Study. Aku ni masih lagi belajar. karang lingkuplah segalanya. 
2; Single. Aku memang tak sedia lagi. aku tak puas lagi rasa hidup single ni. dan 
3; Jodoh. Aku kalau sibuk-sibuk nak kawen pun, dengan siapa? jodoh pun tak ada. ceh!

Jadi  janganlah nak suruh aku kawen. ajak main kawen2 bolehlah. hah, nak?


Perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali





 

Takdir kita

Dec 13, 2010

orang kata kawan boleh jadi cinta dan cinta tak boleh jadi kawan. dan aku tak tau kenapa aku dengan si botak (ex bf) tu still boleh je jadi kawan. nak kata tak ada perasaan, kadang2 aku tau dia jelos bila aku cite pasal laki2 y cuba dtg dalam hidup aku memandangkan aku ni single lagi. dan aku pun tak terlepas dari rasa jeles bila dia cerita pasal gf dia skng. tapi masing2 bila  sentiasa cool. tak ada lah tunjuk sangat jeles.

Dan sekarang aku masih lagi sedang msg dia. dan aku tersentap jugak dengan msg dia td.

"siapa cakap kita tak ada perasaan? hajad je yang taksampai. tak kapel lag baik dari kapel. biar i takecare pasal u tanpa ikatan. "

tiba2 pulak aku rindu dia yang dulu. yang kongkong aku gila bab punya. yang cemburu melangit. aku rindu dia kejut aku subuh pagi2 padahal aku tau lepas tu dia tido balik. nak tunjuk baik kunun. dulu aku tak tahan bila dia buat aku mcam tu. rimas.

dah. teringat je tuh. tak adalah aku sampai nak rebut balik cinta yang dulu. aku dah janji tak kan ambik hak perempuan lain. kalau ditakdir hidup sendiri sampai ketua pun, terima jelah.

mungkin senang untuk aku lupakan ex aku yang lain, terus tak bercontect pun ada. yang sekelas sampai tak bertegur sapa. aku pun tak tau. mungkin sebab diaorang ni masih lagi tunjukkan perasaan syg tu dekat aku. sebab tu aku menjauh.

sebab bagi aku, sekali dah putus, aku terus padam kan semua perasaan. kalau ada pun, aku takkan luah. itu yang buat aku dengan si botak still kawan baik sampai sekarang. sebab dia pun tak penah ckp syg aku. dia just take care aku. dia penah cakap, dia akan take care aku selagi aku tak jumpa bahagia aku. gila la mamat nih. buat aku touching no 1.

sebenarnya aku rindu dia. rindu zaman dulu2. tapi gila aku nak ckp kan. biar lah semua ni habis dekat sini je.
untuk awak botak, terima kasih sebab teman saya tempuh hari2 sukar saya. saya rindu awak. *tutup muka*

selamat malam.