Soal Kawen

Dec 22, 2010

hai myra, lama tak jumpa. awak dah kawen? hah belom?!!!

Macam nak pitam aku rasa. kenapa soalan-soalan klise ni selalu aku dengar. hey comon, aku baru 24 kot!
study pun tak habis lagi. lain lah korang yang dah abis spm terus kerja. dapatlah nak tanggung anak orang.

Tak payah nak buat-buat terkejut ke hape , kau nak kawen pegilah.Tapi  lepas tu datang mengadu dekat aku ckp husben buat hal lah. tak cukup duitlah. tak best kawen awallah. eeee apa ni???

Bukan aku tak merancang untuk kawen, atau masa depan, tapi 
1; Study. Aku ni masih lagi belajar. karang lingkuplah segalanya. 
2; Single. Aku memang tak sedia lagi. aku tak puas lagi rasa hidup single ni. dan 
3; Jodoh. Aku kalau sibuk-sibuk nak kawen pun, dengan siapa? jodoh pun tak ada. ceh!

Jadi  janganlah nak suruh aku kawen. ajak main kawen2 bolehlah. hah, nak?


Perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali





 

Takdir kita

Dec 13, 2010

orang kata kawan boleh jadi cinta dan cinta tak boleh jadi kawan. dan aku tak tau kenapa aku dengan si botak (ex bf) tu still boleh je jadi kawan. nak kata tak ada perasaan, kadang2 aku tau dia jelos bila aku cite pasal laki2 y cuba dtg dalam hidup aku memandangkan aku ni single lagi. dan aku pun tak terlepas dari rasa jeles bila dia cerita pasal gf dia skng. tapi masing2 bila  sentiasa cool. tak ada lah tunjuk sangat jeles.

Dan sekarang aku masih lagi sedang msg dia. dan aku tersentap jugak dengan msg dia td.

"siapa cakap kita tak ada perasaan? hajad je yang taksampai. tak kapel lag baik dari kapel. biar i takecare pasal u tanpa ikatan. "

tiba2 pulak aku rindu dia yang dulu. yang kongkong aku gila bab punya. yang cemburu melangit. aku rindu dia kejut aku subuh pagi2 padahal aku tau lepas tu dia tido balik. nak tunjuk baik kunun. dulu aku tak tahan bila dia buat aku mcam tu. rimas.

dah. teringat je tuh. tak adalah aku sampai nak rebut balik cinta yang dulu. aku dah janji tak kan ambik hak perempuan lain. kalau ditakdir hidup sendiri sampai ketua pun, terima jelah.

mungkin senang untuk aku lupakan ex aku yang lain, terus tak bercontect pun ada. yang sekelas sampai tak bertegur sapa. aku pun tak tau. mungkin sebab diaorang ni masih lagi tunjukkan perasaan syg tu dekat aku. sebab tu aku menjauh.

sebab bagi aku, sekali dah putus, aku terus padam kan semua perasaan. kalau ada pun, aku takkan luah. itu yang buat aku dengan si botak still kawan baik sampai sekarang. sebab dia pun tak penah ckp syg aku. dia just take care aku. dia penah cakap, dia akan take care aku selagi aku tak jumpa bahagia aku. gila la mamat nih. buat aku touching no 1.

sebenarnya aku rindu dia. rindu zaman dulu2. tapi gila aku nak ckp kan. biar lah semua ni habis dekat sini je.
untuk awak botak, terima kasih sebab teman saya tempuh hari2 sukar saya. saya rindu awak. *tutup muka*

selamat malam.

soal tadi

Nov 30, 2010

kenapa awak tipu saya?
kenapa tak cakap benda betul?

:ermm.. susah nak percaya lelaki:

Dia dan dia

Oct 26, 2010

biasanya redha kita bila bende dah terlepas.. 
bila bende dah tiada depan mata.. 
tika hati dah ranap bagai nak gila..

kadang aku fikir..
kenapa Tuhan bagi kita yang macam ini,
kenapa Dia bagi aku nangis kuat dalam hati

hari ini hari sedih aku..
bila dia pergi tinggalkan aku..

tapi tadi ibu kata...
kamu dah lama tinggalkan Tuhan..
ada pernah Dia merungut bentak-bentak ke kamu?

aku terdiam.

kenapa aku mahu tangis pada dia yang kecil
kenapa aku perlu terus jahanam pada dia yang x berkuasa
kenapa aku harus ingat pada dia yang tak sepatutnya..

sedangkan Dia yang lain .. aku tak pernah nampak..
Dia yang selalu beri aku peluang walau berkali aku tersilap langkah
Dia yang tiap kali tiupkan nyawa tika aku hampir-hampir di telan gah nya dunia.

hari ini aku sedar.
perginya kau.. sudah ketentuanNya..
perginya kau.. sudah dirancangkan rencananya oleh Dia.

Dia sayangkan aku.
sebab itu Dia tunjukkan siapa kau sebenar 
untuk aku bertemu dengan sidia lain yang belum ku tahu siapa orangnya..

terima kasih kepada  Dia tuhanku..

dan 

terima kasih kepada dia kenangan ku

akhirnya semester final

Oct 16, 2010

salam...

semalam dah tamat presentation project final saya...dalam kelam kabut buat.. akhirnya siap juga project planning  landscape di Bandar Bentong. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abdul basit, syuhada zainal, shikin naza, dan lutfi ghazali kerana telah memberi yang terbaik.. 


ini jam 5.30 pagi... studio masih berpenghuni...persentation esk 9.00.. baguskan..


o.k... ada yang sudah kelaut...

apa2 yang terjadi semasa final  presentation, saya dah lupakan, walaupun pedih di kritik hebat, tapi bagi saya ini adalah permulaan hidup. masa tengah belajar nilah kita nak buat silap pun.. dah diluar nnt mana boleh kan.. so saya masih lagi  dalam learning process... jadi kesilapan itu mengajar untuk jadi yang lebih baik..

untuk penamat semester ini.. saya boleh katakan semesta ini lagi baik dari lepas sbb kita semua satu studio lagi rapat, banyak project dan aktiviti yang merapatkan lagi hubungan. tapi dari segi pembelajaran, saya agak kecewa.. kerana tak dapat buat yang lebih baik dari semester lepas.. takpe.. semester depan ada lagi, dan saya akan cuba yang terbaik..

kepada studio planning, terima kasih semua... kamu menggembirakan. 

aku bunuh kawan dalam diam.

Oct 13, 2010

aku tikan dia bertalu2 dari belakang. aku cocok dalam2, aku nak dia mati terseksa sepertimana apa yang aku rasa. 

 kau nak???




sangat emosional saya 2-3 hari ni. bila masuk bab kawan, sahabat, semua tersekat bagi saya. sebab saya org yang paling tak pandai berkata NO, TIDAK... tertekan bagai nak gila.

semester ni final project berdasarkan grouping, tak seperti semester seblum2nya individual.. dan masalah normal bila kerja dalam kumpulan.. masalah kerja... lagi2 bila 1 group dengan sahabat sendiri. saya jadi tak pandai nak berkata TIDAK.. mmg menjadi kebodohan tegar saya dalam hal ini.

Dan kalau Tuhan beri saya kekuatan, nak saya suruh Dia utuskan surat ini pada sahabat saya:

awak,
cuba awak pakai baju saya, dan rasa, selesa atau tidak. mmg kita ada 5 org dalam 1 group... awak selalu sibuk sebab awak kerja parttime...ada masa-masa group nak buat kerja, awak tak ada sebab shif kerja awak tak menentu.. ada jugak masa awak datang studio, tapi awak tido.. sbb awak baru balik kerja dan 3 jam lagi awak kena masok kerja shiff malam pulak.. itu saya tak kesah lagi sebab saya faham mesti awak penat.

tapi yang buat muka saya ketat semalam dengan awak,saya mmg betul2 marah...  awak main-main bila group kita buat kerja. salah saya juga setuju bila awak nak teman tapi mesra awak join group kita sekali. malam tadi awak dengan dia banyak main2. saya dan 2 org lagi ahli group sabar saja tak marah2.. tapi jangan la sampai pijak kepala kami.. kami pun penat dan ada kerja2 lain. awak dan teman tapi mesra  awk pulak seronok boleh gelak2 main fb. 

dan bila saya tunjukkan kerja kita sampai tahap mana sekarang, baru teman tapi mesra  awak nak gelabah. betapa sikitnya kerja yang baru kita buat. baru dia nak terhegeh2 buat kerja.. cuba awak banyangkan.. kerja yang kita boleh siapkan  dalam masa seminggu.. tp baru semalam awak nampak ?? 

saya penat.. boleh tak awak serius bila datang studio? bukan saya nak marah awak gelak2, nak main2.. sebelum ni kita mmg macam tu pun kan.. tapi bila masuk soal kerja.. tolong jadi matang. esok kita dah present.. tgk saya pun dah buang masa dengan menaib luahan perasaan ni.

saya tahu awak tak kan baca benda panjang2 macam ni, tapi 1 saya harap.. tolong bagi kerjasama awak. kita kerja berkumpulan... dan kerja ni banyak.. kalau kerja boleh buat sorang, saya tak ketat kan muka seketat semalam. 

harap awak paham.. saya tak pernah berkira dengan awak.. tapi untuk kali ini... tolonglah kita sama2 berkerjasama sama2..

alhamdulillah... saya lega sikit.. saya bukan jenis cakap depan2.. saya mintak maaf.. awak tetap kawan baik saya dan saya sayang awak. hari  ni kita buat kerja elok2 o.k?!


: asyik2 tgk jam, kejab lagi ada test Gis.. nasib open book..(mesti soalan diluar buku yang keluar) :

lelaki gaya ini tulen?

Oct 12, 2010

lelaki patah semangat sebab cinta?
harus ke?
sampai nak potong alat kemaluan? 
wajib ke?

saya baru lepas berchating dengan sorang blogger, Mr-x. setiap kali saya on9 ym.. mmg tak sah kalau bergelumang kata dengan dia ni.. hidup untuk menghukum diri sendiri. itulah falsafah hidup dia yang songsang. 
saya baca blog dia.. semua tentang kecewanya dia kerana seorang perempuan yang di puja. sampai hanyut hidupnya sampai sekarang. bagi saya yang ditunjukkan bukan setia, tapi sia-sia. tak salah nak tutup hati untuk perempuan, tapi ini skali untuk Tuhan.. 


Mr-x: just i said im nop a gud muslim so plss dunt talk about religion with me may be just 4 root

myrafrozzy: sampai bila nak buta hati
myrafrozzy: tuhan tu x tarik awk skng.. sbb die nk awk hidup dengan kehidupan

Mr-x : hurmm semua urg tahu pasal agama tau pasal halal haram tapi tetap juga melakukan dosa so apa bezanya yg penting apa yg kita buat tidak tertasdik dihati tidak teriring dgn apa yg kita ucapkan so apa bezanya memang manusia dibekalkan dgn akal dan fikiran tapi akal dan fikiran itu sudah dicernakan seawal2x sebelum kejadian manusia jalan yg harus dilalui  so what? apa bezanya antara hidup dan mati sama jugak
tapi lebih baik mati dari hidup utk menyakitkan urg lain dgn kebaikan

myrafrozzy: awk kne ingat perjanjian syaitan dgn Allah dahulu.. jadi itu lah bezanya..
myrafrozzy: cara iman kita  melawan

Mr-X : setiap sebelum kejadian roh telah diembuskan perjalanan yg harus dilaluinya

 myrafrozzy:mmg roh telah dihembus.. tapi tuhan takkan mengubah manusia melainkan kita y berubah. 
myrafrozzy: (tapi lebih baik mati dari hidup utk menyakitkan urg lain dgn kebaikan)<<<< tanda tidak syukur awak. 
myrafrozzy: org2 mcm awk ni patut pegi negara2 perang... tolong dorg.. lau mati pon blh syahid.. dr mati dlm keadaan mcm ni takut pulak nak bunuh diri.. ingt pulak kat tuhan.. aduhai.. pelik dah ni...

Mr-x: tidak menyusahkan urg lain sape cakap sy tak takut tuhan kalau sy tak takut suda lama sy potong ape yg patut di potong

myrafrozzy: dalam bab ni je awk ingt tuhan
myrafrozzy: sama je lah dengn org2 y awk ckp td

Mr-x is typing...
: zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

myrafrozzy: hehe
myrafrozzy: loser kan

susah nak ckp dgn org keras kepala ni.... dah berapa lama saya kenal dia, setiap akhir perbualan haruslah die nak tdo... ZZZzzzzzZZzzz... ape2lah Mr-x.. 

:setiap apa yang diberi tuhan hanya pinjaman, jadi jagalah ia sebaiknya.. tubuh ini pun pinjaman, jadi hargainya:

cinta merah

Oct 10, 2010

terlalu tipikal kalau saya katakan tentang cinta. ada yang bosan dengan perkataan cinta.  tentang bunga-bunga jiwa yang tak setiap kita rasa. awak mungkin sedang bercinta dengan sang arjuna, tapi awak rasa tak cinta itu?

saya menulis diatas pengalaman. bagaimana saya berjalan diatas cinta  orang lain. tidak berjalan seiring, membiarkan dia dengan cinta dia, dan saya terus hilang dengan rasa-rasa cinta.

orang selalu kata, sayang lah org yang menyanyai kita, saya pernah mencuba untuk itu. dia memang cukup sempurna.. tapi soal hati tak boleh di tarik2 di campak2. "owh hati, sekarang kau kena cinta dia, owh hati, esk kau wajib sayang dia. " saya cuba menyanyai dia, tapi saya tewas dengan hati saya. 

saya lepaskan dia pergi.

saya memendam rasa untuk yang lain. mungkin itu cinta, tapi saya tak berani untuk mengatakannya. mungkin masih berada di kurun  "kau tak malu ke  perigi mencari timba?" dan  kerana itu juga saya kehilangan dia.  

dia pergi bersama yang lain.

ada juga kasih lama kembali datang menghulur tangan. saya menerima kembali.. tapi apa guna kalau dia pandang saya, tapi yg di nampak si dia? 

saya mengundur diri..

soal cinta dari perspektif saya. ia datang dari dua jiwa yang tak boleh di paksa. tapi kita boleh jika masing2 antara kita belajar untuk mencinta. bukan hanya keikhlasan, kejujuran, dan kesetian yg menjadi taruhan, tapi dimana dia dihati awak? jika awak btl2 tidak boleh membahagiakan dia, biarkan dia mendapat kebahagian dengan tangan yang lain. 

cinta untuk kita dan dia bahagia. jangan hanya fikir tentang kita, nnt cinta boleh disampahkan. cinta itu ada dalam dua jiwa. awak kena dan mesti paham yang itu. 

dan kepada awak-awak yang pernah saya ranapkan hati masing2, saya mohon maaf. ini untuk kebaikan hati kita2. saya tak reti menjaga hati awak, tapi percayalah saya hanya mahu antara kita2, dapat apa yang sepatutnya. tak bermakna saya melepaskan, saya benci, dan dilepas saya akan membenci.

ini seseorang yang saya sanjung perjuangan hidupnya. kebal melawan apa saja yang datang. setiap karya buat saya bersemangat.  klik sini dan awak akan rasa apa yang saya makudkan.... cinta merah




:hanya yang mengerti, memahami: 





aku yang kamu corak

Oct 9, 2010

bila awak berdiri, awak lihat orang lain?
bila awak berjalan, awak pandang kiri kanan?
bila awak makan, awak ajak orang sekeliling?

bila semua itu awak lupa, maka jangan tanya saya kenapa saya sekeras ini
sebab awak ajar saya untuk

 berdiri, dan tidak  lihat orang lain
 berjalan,dan tidak pandang kiri kanan
 makan, dan tidak ajak orang sekeliling

jangan sekarang awak tanya lagi ye mengapa saya begini.
sebab saya begini kerana awak yang ingin saya di corak sebegini.

jangan sekarang awak tanya lagi ye mengapa saya begini kurang ajar
sebab saya begini kerana awak yang ingin saya di corak sebegini.



hari satu saya

hari ni saya kosong di tempat yang bolong.  sebab tu saya wujudkan blog ini  yang berpijak dan berjalan di realitinya sendiri. 

hari ni tengok status dekat FB masing2 semua org meluahkan rasa giveup...tak larat nak tempuh tembok depan mata. meraka2 terlalu senang katakan putus yang terus memutuskan masalah. 

Najua Hsr ‎'sambil menyelam minum air'... tp skrg ni bkn takat minum air je, segala benda kena buat dlm masa yg sama.. tiredddddd.....

Nik Nur Azwani org akan perlu kan kita bila kite nh ade kepentingan,,org jugak akn mula lupakan kita bila kita dlm kesusahan,,,emmmmmm

Azam Sedated berita baik: membayangkan berbuka puasa yang terakhir di kg halaman pada hari raya yang terakhir... 



berita tak berapa baik : membayangkan bergegas kembali ke studio pada keesokan harinya..


kenapa benda yang baik mesti bersulam dengan yang sebaliknya?  hari-hari orang bercerita dikedai kopi, yang mereka susah. sana sini .. itu ini susah.. semua benda dunia akhirat susah.

kawan, dan saya sendiri, bila kita mati pun akan bangkit hidup kembali...lagikan kita ada masalah yang kecik macam ni kan... bangun lah masing2 kita... jalani hidup kita.. macam yang selalu kita nak.. yang kita inginkan... 

saya menulis bukan untuk siapa2.. tapi untuk diri sendiri  yang semakin lama semakin jatuh dihimpap realiti kehidupan. mari bangkit dan terus berjalan. 

destinasi kita didepan. jadi tak perlu kamu menoleh kebelakang. pasakkan langkah dan terus maju!

:banyak kerja studio yang masih belum di bereskan.. terima kasih kepada yang mengingatkan: