salam,
hari ini masuk 3 hari abah sakit. dah 3 juga abah dekat hospital. walaupun abah tak banyak cakap pada hari hari biasa, tapi bila abah tak ada dekat rumah, rasa rindu ni lain macam.
*tutup muka*
aku ingat abah selalu ckp dekat kawan kawan dia, aku ada 4 anak perempuan dan sorang lelaki, sambil tunjuk tepat ke muka aku. ya, aku lah anak lelaki dia tu.
akulah anak lelaki dia yang buget kental gila kuat. tapi nothing pun dekat dalam. aku pun macam perempuan lain, ada masa lemah, tapi aku tak tahu nak tunjuk.
3 hari aku sekarang menjadi ketua dalam keluarga, ganti tempat abah. segala kerja dari tolong ibu dan adda buka cafe lepas subuh,sampai hantar adik kelas, sekolah sana sini.
*diam, penat*
Part aku rasa paling sebak, entah aku pun tak tahu kenapa. tapi part paling aku nak sebak je bila aku bagi duit belanja dekat adik adik aku. sebab diorang pun akan peluk aku menangis. aku biasalah muka nak gagah je. Padahal hati...erm..
Baru aku rasa susahnya jadi lelaki. semua perasaan kena simpan. bukan kerana ego, tapi untuk menjaga hati yang lain. syukur aku hidup dijadikan sebagai perempuan.
abah, cepat baik ye.. penat sangat dah ni..
:'(
---------------------
Untuk abah.
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati
terkadang aku kasihan
‘tah bagaimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi
jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu
setiapnya kerna perempuan
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji
selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pengganas komen:
Post a Comment
Tembaklah aku bagi kau puas!