you're not man enough for me...

Feb 28, 2011

Nak kata lembut,
tapi dia lelaki.

Nak kata penyegan,
tapi dia lelaki.

Nak kata tak pandai,
tapi dia lelaki.


Jadi bagi aku, bukan kerana semua itu. Tapi kerana kau lelaki berhati keras.Berego  tak berasas. Jangan salahkan aku jika terus berlalu tanpa mengunggu. 




menanti

Feb 25, 2011

saya rasa ada yang akan datang membawa cinta untuk saya tak lama lagi. tapi kadang kadang saya pun kurang pasti dengan dia. berat sangat ke cinta tu sampai lambat sangat nak sampai ke saya?

awak, kalau nak,cepat cepat sikit ea tunjuk. saya dah penat menunggu. ada yang lain juga bawa untuk saya. tapi saya masih tunggu awak punya.tapi kalau awak berdiam juga, saya terpaksa terima yang lain. umur kita semakin hari semakin meninggkat. saya mencari bakal suami bukan lagi pakwe. 

p/s: 
according to suraya aidilfitri  25feb2011 "sekian".


Pasang kaki dihati

Feb 22, 2011

Kadang bila kita dalam kesempitan siapa siapa pun akan jadi busur tempat kita salahkan. kadang bila kita jatuh siapa siapa pun akan kita capai tongkat yang menghulur. semua kerana kita masing masing tidak mahu untuk berada di bawah. tapi aku pegang kata kata ini :


  Hati tak punya kaki,


bila jatuh tak boleh berdiri.

tetapi kaki yang punya hati berani,

boleh bangun berkali-kali,

mendukung diri setiap kali.


Dua rasa

Feb 10, 2011

berbelah bahagi antara hati aku dan hati sekeliling.
kira kira matametik memang semudah formula
tapi bila dah masuk bab kira kira antara dua rasa,
aku stuck.

hati sekeliling memang penting, tapi hati aku. macam mana?

Selamat hari bahagia kawan.

Feb 5, 2011

Untuk menjadi seorang perempuan bersama kandungan yang terbaring diatas ribaan seorang laki-laki di sebuah taman dalam satu nafas penghidupan, adalah terlalu sukar untuk digambarkan.

Untuk menjadi seorang perempuan yang dikucup dahi oleh seorang laki-laki dambaan dalam satu potret percintaan adalah terlalu suci untuk dilakarkan.

Untuk menjadi seorang perempuan dalam meniti hari-hari pengakhiran bersama laki-laki idaman di luar hiruk-piuk kemajuan adalah satu keabadian ante meridian.




Untuk itu, saya harap awak pagarkan kesetian dan benihkan kasih dan sayang. harap awak gembira hari ini. semoga jodoh ini tuhan tembak tepat untuk awak. sayang awak mok kin! sorry tak dapat datang majlis mulia hari ini. dua-dua cantik! :)

Semalam seharian

Feb 4, 2011

Tak kesahlah kalau tuhan bagi masa sesaat sekali pun, aku tetap memilih saat2 bersama keluarga.


mmuahhhh! terima kasih ibu, abah!. opss lupa, aisha, adda, shima.




manusia berbau babi

Feb 2, 2011

kalau kau kenal aku, kau mesti faham aku macam mana.
aku bukan pendendam orangnya, pembenci jauh sekali.

aku orangnya cuma defensif.



Dengan nama Allah,
aku sedar yang ada hikmah Allah pertemukan aku dengan makhluk semacam kau.
Yang aku tak dapat namakan sebagai manusia, melainkan binatang semata-mata.
seumur hidup aku, aku tak pernah mendoakan yang buruk-buruk untuk sesiapa.
Tahniah, kerana menjadi yang pertama.

Pesan diri sendiri

Feb 1, 2011


Jangan cepat kau rebah.
ya, bercakap dengan hati, dalam hati.
yakni muhasabah diri.

Tuhan tahu lebih.
rasa dan rasa dan rasa yang kau rasa sekarang Tuhan punya.
jika diberi masih kepunyaan Dia,
jika dibalas juga kepunyaan Dia,
jika ditarik tidak mengapa, milik mutlaknya Dia.

ya, bercakap dengan diri, dalam diri.
yakni muhasabah hati.

"I  FAILED in some subjects in exam, but my friends PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft and im the owner of Microsoft"
- Bill Gate

single


Dunia hari ini, semua mengaku seni
Lebih baik jadi diri sendiri
Negara hari ini, kurang lelaki kualiti
Jangan salahkan skeptikal mentaliti

Kau apa kurangnya? Hip tapi sempit
Siapa kata lelaki dan perempuan tak bisa menjadi kawan karib?
Lucu!

Ada apa dengan Valentine?
Bila ku ada teman-teman, cita-cita, masa depan
Kau mungkin fikir ku “in denial” atau ku suka yang sejenis
Oh tak mungkin, hak ku memilih

Jadi aku solo, tak bermakna bolos
Memang ku sendiri, tak bermaksud aku mahu kau punya kekasih
Lucu!

Aku selesa menjadi aku
Dan engkau bukannya aku
Aku tak perlu teori lucumu
Cuma buat sakit perut.



P/s: susah nak cari teman setia selamanya sekarang ni. cuma setia dengan diri sendiri, jangan berlari jadi orang lain. diri kita product masa depan kita sendiri. biar orang lain kata apa. aku tak kesah. ada pahal dengan status solo?