Dia dan dia

Oct 26, 2010

biasanya redha kita bila bende dah terlepas.. 
bila bende dah tiada depan mata.. 
tika hati dah ranap bagai nak gila..

kadang aku fikir..
kenapa Tuhan bagi kita yang macam ini,
kenapa Dia bagi aku nangis kuat dalam hati

hari ini hari sedih aku..
bila dia pergi tinggalkan aku..

tapi tadi ibu kata...
kamu dah lama tinggalkan Tuhan..
ada pernah Dia merungut bentak-bentak ke kamu?

aku terdiam.

kenapa aku mahu tangis pada dia yang kecil
kenapa aku perlu terus jahanam pada dia yang x berkuasa
kenapa aku harus ingat pada dia yang tak sepatutnya..

sedangkan Dia yang lain .. aku tak pernah nampak..
Dia yang selalu beri aku peluang walau berkali aku tersilap langkah
Dia yang tiap kali tiupkan nyawa tika aku hampir-hampir di telan gah nya dunia.

hari ini aku sedar.
perginya kau.. sudah ketentuanNya..
perginya kau.. sudah dirancangkan rencananya oleh Dia.

Dia sayangkan aku.
sebab itu Dia tunjukkan siapa kau sebenar 
untuk aku bertemu dengan sidia lain yang belum ku tahu siapa orangnya..

terima kasih kepada  Dia tuhanku..

dan 

terima kasih kepada dia kenangan ku

0 pengganas komen:

Post a Comment

Tembaklah aku bagi kau puas!